Gambar berikut menunjukkan aku dikelilingi oleh aweks....hehehe jangan dengki taw....muhahaha....
Assalamualaikum semua!!!.....haaaa dah lame Neo x bukak blog nih...Lagi pon Neo tengah sibuk dengan tugasan sem 2 nih.....baru kene buat 3 assignment....kalo 10 assignment mati Neo hahaha....dah lima hari Neo tak dapat tidur yang lena....kalo tido pon asik mimpi ngeri je....(mimpi dihempap keje khusus).tapi dalam kesibukan masa yang membunuh ibarat gelora di lautan hindi (fuh ayat gempak giller)....sedikit sebanyak telah mendidik Neo menjadi dewasa....ok mari kita teruskan dengan objektif kita.....
Asas Bahasa Jepun : Tulisan
Di dalam bahasa Jepun, ketiga2 tulisan ini
digunakan serentak bercampur2 mengikut kesesuaian fungsi tulisan terhadap apa
yang ingin disampaikan. Dengan adanya perbezaan pada ciri2 tulisan ini, ianya
akan membantu kita membaca Bahasa Jepun dengan lebih mudah. Ok cukuplah setakat
niy.Jumpa lagi, Mata ne!!!
Asas Bahasa Jepun : Tulisan
Bahasa Jepun secara
amnya ditulis di dalam 3 jenis tulisan.
1. Hiragana
2. Katakana
3. Kanji
Jangan tanya kenapa ada 3
jenis ya. Nasib baik 3 sahaja, dan bukan 5 atau 10. Namun begitu, setiap tulisan ada fungsi masing2 seperti di bawah.
- Hiragana - tulisan asas Bahasa Jepun.
- Katakana - digunakan untuk menulis perkataan atau frasa2 pinjaman yang bukan berasal daripada bahasa Jepun turun temurun, contohnya perkataan pinjaman dari Bahasa Inggeris.
- Kanji - diambil/adaptasi daripada tulisan China untuk mewakili makna suku kata dan perkataan2 , seterusnya memudahkan pembacaan.
Kita teruskan dengan contoh tulisan :
Hiragana : ひらがな (hi-ra-ga-na)
Katakana : カタカナ (ka-ta-ka-na)
Kanji : 漢字 (kan-ji)
Secara teknikalnya, kita boleh tulis perkataan
'kan-ji' di atas dengan ketiga2 jenis tulisan.
1. かんじ (di dalam hiragana)
2. カンジ (di dalam katakana)
3. 漢字 (di dalam kanji)
Ketiga2 di atas dibaca sebagai 'kan-ji' juga. Jadi mengapa tidak digunakan satu jenis saja? Ini adalah
kerana walaupun ianya boleh ditulis, tak bermaksud ia akan membawa makna yang
sama atau tepat apabila dibaca. Ini adalah kerana perkataan 'kanji' di dalam
bahasa Jepun membawa beberapa maksud yang berbeza. Di sinilah perbezaan tulisan
itu penting untuk membezakan maksudnya. Oleh sebab itu, tulisan kanji
digunapakai kerana tulisan kanji boleh menerangkan makna perkataan dengan
tepat.
Seterusnya, kalau diperhatikan dengan teliti, kita boleh
bezakan ciri2 setiap jenis tulisan. Hiragana mempunyai ciri2 lengkung2 dan
garis, Katakana lebih bercirikan tajam dan keras berbucu2, manakala Kanji pula
kelihatan semak dan berserabut dengan stroke tulisan yang banyak.
No comments:
Post a Comment