Mula-mula anda cuba ingat sifir 1 hingga 5 dahulu. Kalau dah lancar sifir 1 hingga 5 baru kita boleh ke sifir seterusnya. Yang menjadi masalah ialah sifir 6 hingga 9. Cuba fahamkan teknik berikut:-
SIFIR 6:-
Langkah 1: Senaraikan jawapan bagi sifir 5 (dari 1 hingga 10).
Langkah 2: Daripada jawapan sifir 5 tersebut, tambahkan dengan angka 1 hingga 10 bagi setiap jawapan.
SIFIR 7:-
Langkah 1: Tuliskan angka pertama (warna merah) dari kiri ke kanan 0, 1, 2, 2, 3, 4, 4, 5, 6, 7.
Langkah 2: Tuliskan angka kedua (biru) dari atas ke bawah (bermula dari baris paling kanan ke kiri) : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 0.
SIFIR 8:-
Langkah 1: Tuliskan angka pertama dari atas ke bawah (merah) iaitu : 0, 1, 2, 3, 4, 4, 5, 6, 7, 8.
Langkah 2: Tulis angka pertama dari bawah ke atas dengan gandaan 2 (biru) iaitu : 0, 2, 4, 6, 8. Kemudian ulang semula selepas garisan. Garisan dibuat sebagai panduan untuk pengulangan.
SIFIR 9:-
Langkah 1: Tuliskan angka 0 hingga 9 dari atas ke bawah (merah).
Langkah 2: Tuliskan semula angka 0 hingga 9 dari bawah ke atas (biru).
Ok sampai sifir 9 jer yang lain pepandai ler fikir sendiri..muahahahahahah...(^^)
No comments:
Post a Comment