Social Icons

Pages

Thursday, 26 January 2012

10 petua hadapi peperiksaan

1,Jangan panik.


Sebaik melangkah ke dewan peperiksaan,kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.


2,Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat.


Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.


3,Semak soalan tahun lalu (setiap subjek).


Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.


4,Banyakkan pembelajaran secara output learning.


Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.


5,Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi.


Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.


6,Nota ringkas.


Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.


7,Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya.


Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.


8,Pemakanan berkhasiat dan seimbang.


Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.


9,Kawal emosi.


Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.


10,Banyakkan berdoa dan bersolat.


Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.





Cara cari crack & keygen

Cara cari crack & keygen

Cara yang pertama:

1: Buka www.google.com

2: taip nama program + 94FBR

3: Dan pilih search result crack anda!

Cara yang kedua:

1: Layari laman http://www.keygenguru.com/

2: Masukkan key yang telah degenerate ke ruangan insert registration code/serial number dan sebagainya di program yang ingin di crack itu.

 

Followers

Sample Text

Assalamualaikum semua! name digelar Amin Starz El Briget korang boleh pangil aku ''Amin @ Starz or Neo' seorang lelaki & yang paling penting lagi masih solo hohoho...(^0^). Ok setakat tu je (tulis bebanyak korang bukan bace), jangan lupe follow,You follow me i follow you back :) orite! Akhir kate danke!!!...

Ok x blog nih