Social Icons

Pages

Tuesday 24 June 2014

Asas tulisan jepun : Tulisan Hiragana.


Salam semue....hari ney mari kite teruskan dengan pembelajaran kitew.....O~hohoho....

Ok kite mulekan dengan tulisan Hiragana....di bawah ini adalah senarai huruf-huruf yang terdapat dalam tulisan hiragana.....




Setiap huruf mewaikili satu sukukata dan jumlah kesemuanya adalah 46 huruf dan perlu dihafal semuanya jika ingin menguasai bahasa Jepun. Nampak seperti susah, tapi sebenarnya taklah sesusah mana pun, kerana bunyi setiap sukukata adalah mudah dan tidak ada bunyi2 yang lidah melayu/malaysia kita tidak biasa sebut seperti di dalam Bahasa Korea.

 Kalau ada yang sedikit istimewa pun hanyalah pada bunyi huruf2 di bawah.

1. を - dibunyikan sebagai 'wo' atau 'o' (bunyi yang sama dengan お )

2. ち - dibunyikan sebagai 'chi' dan bukan 'ti' walaupun berada di dalam baris sukukata 'T'

3. つ - dibunyikan sebagai 'tsu' (perlu dibezakan dengan す yang berbunyi 'su')

4. ん - dibunyikan 'n' atau didengari sebagai 'ng' jika letaknya di hujung perkataan.


 Selain 46 huruf asas di atas, ada beberapa set huruf2 ini yang boleh diletakkan tanda dua calit di bahagian atas kanan untuk membentuk bunyi sukukata yang baru. Sila rujuk jadual di bawah agar lebih jelas.


Di sini ada beberapa huruf yang bunyinya sedikit berbeza.

1. じ - dibunyikan sebagai 'ji' walaupun berada di dalam baris 'z'

2. ぢ - dibunyikan sebagai 'ji' sama seperti じ tapi sangat jarang digunakan jadi tak perlu risau.

3. づ - dibunyikan sebagai 'tzu' dan boleh keliru dengan ず (zu).


 Selain ini juga, sedikit kombinasi di antara huruf tertentu dengan huruf2 や(ya), ゆ(yu), dan よ(yo) [yang ditulis lebih kecil di tepinya] akan membentuk sukukata lain seperti di bawah ini.


Hanya sedikit saja perkara yang perlu diberi perhatian di sini;

1. Sebutan baris しゃ adalah berbunyi 'sha' dan bukan 'sia'.
2. Sebutan baris じゃ adalah berbunyi 'ja' dan bukan 'jia'.

Pada pendapat Neo ianya tidaklah susah untuk kita mengingati kesemua huruf Hiragana ini. Apa yang perlu kita lakukan adalah menyediakan beberapa keping kertas dan tulis semua huruf2 ini di atas kertas tersebut satu persatu sehingga kita hafal kesemuanya....Tentang care nak tulis huruf2 ni deme carik sendiri kat youtube belambak ade....Muhahahahahahaha....

Ok Neo rase dah banyak dah ney...Mata ne! (jumpa lagi!)....

No comments:

Post a Comment

 

Followers

Sample Text

Assalamualaikum semua! (^0^) tujuan blog ney hanyalah untuk mengisi masa lapang aq yang tak seberapa lapang ney, jangan lupe follow,You follow me i follow you back :) orite! Akhir kate danke!!!...

Ok x blog nih