Social Icons

Pages

Saturday 28 April 2012

Cerita Lawak - Ditolak


Tersebut la kisah di sebuah negara Indra Pelik Lagi Misteri (bukan nama sebenar) seorang raja yang mempunyai seorang puteri yang bernama PUTRI SEKAPUR BARUS…


Dijadikan cerita, Sang Raja ingin mencari jodoh untuk Sang Putrinya kerana disebabkan kecantikannya itu Sang Putri tidak mempunyai pasangan hidup, sebab sang laki-laki di negara itu terasa rendah diri untuk masuk memperisterikan Sang Putri malahan putera-putera dari negara jiran juga turut berasa sedemikian rupa.


Disebabkan Sang Raja ingin Si Puteri itu berkahwin untuk menyambung zuriat keluarga maka Raja tadi telah menghimpunkan seluruh rakyatnyer (lelaki sahaja) serta beberapa Putera jemputan lain datang kesebuah tasik yang bernama Tasik Sangat Digeruni Lagi Berbahaya di negaranya dimana tasik itu dipenuhi buaya-buaya yang ganaz-ganaz dan sedikit ikan keli didalamnyer.


Kesemua jemputan dikehendaki mengelilingi tasik berkenaan dan disebabkan kehadiran yang ramai maka keadaan ditempat kejadian menjadi sesak sehinggakan ada semut yang mati terpijak... Sang Raja pun membuat pengumuman kepada semua tetamu yang hadir.. kata Raja.. wahai rakyat ku sekalian dan putera-putera jemputan , andai kata ada dikalangan kamu yang boleh menyeberangi tasik yang dipenuhi buaya-buaya yang ganazzz ini akan beta kahwinkan Puteri beta yang cantik rupawan ini dengan lelaki tersebut... Maka Raja tadi memperagakan Sang Puteri untuk tontonan umum.Maka kesemua yang hadir berlelehan ayaq lioq depa melihat kecantikan Puteri tersebut..


Belum pun Raja habis bebicara tiba... burzzzz.. seseorang telah terjun ke dalam tasik dan kelihatan sungguh pantas berenang ke seberang sehinggakan mencatat masa terpantas yg tidak akan dapat dipecahkan rekod kelajuan renangnya oleh sapa-sapa pun atta watson nyambek sendiri yg melakukannya...
Semua yang hadir terpegun, terkaku, terkagum, terkaget dan menggigit jari apabila melihat lelaki itu sampai keseberang tasik yang dipenuhi buaya-buaya yang ganaz dengan salamatnyer... raja tersenyum bangga melihat keberanian jejaka itu...


Maka Sang Raja pun mendapatkan lelaki itu dan bertitah... "Wahai jejaka yang gagah perkasa, akan ku kotakan janjiku untuk menunaikan permintaan mu, apakah keberanian yang kau tunjukkan tadi itu hinggakan belum habis beta berbicara kamu telah terjun ke dalam tasik itu semata-mata kerana putriku?", kata Sang Raja..


Jejaka tadi pun bersuara dengan muka yang pucat dan dengan nada suara yang penat bercampur marah..." TIDAK TUANKU..." (berhenti seketika tercungap-cungap kepenatan), dan dengan nada yang marah sesangat si jejaka tadi menyambung percakapannya...


"SAYA INGIN MENGETAHUI SIAPA YANG MENOLAK HAMBA KEDALAM TASIK TADI SEMASA HAMBA MASIH MENDENGAR TITAH TUANKU..."

Cerita Lawak - Perkataan Berlawan


Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin yang sedang kelaparan. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini.


Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan tepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.
 

Followers

Sample Text

Assalamualaikum semua! (^0^) tujuan blog ney hanyalah untuk mengisi masa lapang aq yang tak seberapa lapang ney, jangan lupe follow,You follow me i follow you back :) orite! Akhir kate danke!!!...

Ok x blog nih