Social Icons

Pages

Saturday 24 November 2012

Ketahui jantina laptop anda

Sila ikut step-step di bawah.



1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:-

           CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love you"


2. Selepas itu tekan save , ubah save as type kepada All Files 
(pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari nanti). Save as = love u.vbs


3. Apabila habis save keluar file cam ni:-


4. Then double click file yang keluar tadi (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

5. Cuba korang dengar betul-betul suara "i love u" tu, suara lelaki ke suara perempuan yang keluar?.

6. kalau tak suke ayat "i love u" tu korang boleh tukar ikut suka hati korang.

Friday 23 November 2012

Perhatian !!!!!

Facebook Sekarang Merekodkan Semua Aktiviti Kita


The thing about using online services is all your activities are easily recorded. Last year, Facebook introduced an Activity Log feature that basically tracks every single thing you’re doing on Facebook like the games you’ve played, posts you’ve shared, pictures you’ve posted and even comments you’ve made. Now, Facebook is enhancing the feature to keep track of everything you search within its social network so yes, you can see who you’ve been obsessively stalking.

But before you panic, don’t worry, Activity Log is private and only visible to you, thankfully. According to Facebook, you can still choose to delete your nasty stalking evidence, you know, just incase your device gets hijacked and someone else decides to ransack through the log. The feature is available immediately but if you’re not seeing it on your profile yet, just wait a little while as Facebook is slowly rolling it out to all users.

Just when you thought Facebook couldn’t get any more annoying by sharing out things it shouldn’t – I have to do a weekly cleanup for apps and such just to disable them from posting onto my wall without my permission, it decides to introduces something new. To check your Activity Log, visit your Timeline, the link should be located on the top right side, just below your Cover photo.

Terjemahan :-

Perkara tentang menggunakan perkhidmatan dalam talian adalah semua aktiviti anda direkodkan dengan mudah. Tahun lepas, Facebook memperkenalkan ciri-ciri Aktiviti Log yang pada asasnya menjejaki setiap perkara yang anda lakukan di Facebook seperti permainan yang anda telah dimainkan, siaran yang anda telah kongsikan, gambar anda telah disiarkan dan juga komen-komen yang anda telah membuat. Kini, Facebook meningkatkan ciri untuk menjejaki semua yang anda mencari dalam rangkaian sosial begitu ya, anda boleh melihat siapa yang anda telah obsessively ugutan.

Tetapi sebelum anda panik, jangan bimbang, Log Aktiviti adalah peribadi dan hanya kelihatan kepada anda, bersyukur. Menurut Facebook, anda masih boleh memilih untuk memadam bukti menghendap jahat anda, anda tahu, hanya membungkus peranti anda mendapat dirampas dan orang lain memutuskan untuk menggeledah melalui log. Ciri ini boleh didapati dengan segera tetapi jika anda tidak melihat pada profil anda lagi, hanya menunggu sedikit masa sebagai Facebook perlahan-lahan bergolek ia keluar kepada semua pengguna.

Hanya apabila anda fikir Facebook tidak boleh mendapat apa-apa lebih menjengkelkan dengan berkongsi perkara yang ia tidak perlu - saya perlu melakukan pembersihan mingguan untuk aplikasi dan itu hanya untuk melumpuhkan mereka dari posting ke dinding saya tanpa kebenaran saya, ia memutuskan untuk memperkenalkan sesuatu baru. Untuk memeriksa Log Aktiviti anda, sila layari Timeline anda, link harus terletak di sebelah kanan atas, hanya di bawah foto Cover anda.


Sumber asal :-

Tuesday 23 October 2012

Cerita Lawak - Bayi Kembar


Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka 
diruang rehat sebuah hospital. 
Kegelisahan jelas diriak muka mereka?

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata 
kepada lelaki yang pertama, Tahniah! 
Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.?
Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di Menara Berkembar Petronas,
kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang 
memberitahu kepada lelaki kedua, isteri Tuan selamat melahirkan 
bayi kembar tiga. Tahniah!?
Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, 
kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu 
kepada lelaki ketiga, Tahniah! Isteri Tuan selamat. 
Tuan dikurniakan anak kembar empat kata jururawat itu dengan tenang.
Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, 
saya pula bekerja di Four Season Hotel,
kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. 
Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. 
Mereka bertanya, Apakah yang merunsingkan awak?? 
Dengan perasaan gelisah dia menjawab 
Saya bekerja di Seven Eleven...!!.

Cerita Lawak - Kuda Oh Kuda


Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler…..

 suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi …itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya.
 Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je.

Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada
diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar
seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula,
keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh
membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian…
makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu
dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu
dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

“Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?”

Maka dengan selambanya budak tu berkata,

“Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot…)
 Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya.
Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan.
Bukannye apa… nak cover malu.

“Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta
menggelengkan kepalanya” katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu…ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang
 boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya,
dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan
kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya… raja menyengih panjang sebab
senja dah hampir tiba.

Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang
dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

“Cubalah kalau boleh”.

Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya.
Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya,
maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.

Raja berasa pelik lalu bertanya!

“Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?”

Dengan selambanya budak tu jawab,

.“Nak kena jentik lagi…??”

Monday 16 July 2012

Pantun Ramadhan.

Berwarna indah bunga melati,
harum baunya saat purnama.
Jagalah lidah jagalah hati,
agar pahala berlipat ganda.


Dahan kelapa itu sendayang,
dahan pinang dibuat upih.
Berbuka jangan terlalu kenyang,
agar tak susah badan tarawih.


Kalau beringin akarnya kuat,
bertambah tua bertambah besar.
Kalau ingin badannya sehat,
makanlah buah yang segar-segar.


Batang keluwih biasa lurus,
begitu juga si batang pinang.
Habis tarawih terus tadarus,
Supaya Allah menjadi sayang.

Ramadan Yang Manis - A. Samad Said.

Alam itu cantik gunung dan tasik;
maya terlalu indah laut dan mega.
Lapar dan dahaga yang mengiktibar
cekal dan bersih suara mengajar:
Lapar kita dahaga yang menguji,
dahaga kita lapar yang mengerti
ketaqwaan penuh terhadap Illahi.
Puasa musim manis, bahang menguji,
angin yang santun ke pohon dakwah
bergugus dan sihat buah ibadahnya.


Bulan menyimpan kebijaksanaan,
musim indah di taman Ramadan,
menyerlahkan kemanusiaan luar biasa,
menginsafi keagungan Maha Kuasa.
Daun yang gugur tanah yang rekah
di atas sejadah harum iklimnya;
surah yang jernih dan suara syahdu
terhantar ke lidah dari damai qalbu,
merubah derita ke bahagia diri,
membimbing hidup yang diredhai.


Solat malam, zikir doa, tulus sedekah
ibadah ummah, tangkai yang ketiga,
mengagumi Allah Subhanahu Wa Taala.
Langit beradab, kelam dan cerah
datang dan pulangnya iktibar berhemah.
Badik ketika murka, senyum sewaktu mesra,
alam, insan khusyuk menyujud Illahi
sekiblat dalam tautan kasih yang hakiki.
Lailatul qadar ia pada detik terpilih
malam yang manis, indah dan jernih.


Pada malam sabar dan siang yang cekal
ranum pohon hikmah sebagai bekal;
gugus permata, kerlipnya paling mesra,
merimbun bugar, daunnya meneduhi ummah.

Monday 21 May 2012

Letak Facebok Button 'Like' Dalam Blog

1. Login akaun blogger, dari dashboard > design > edit HTML > expand widget
    templates ( backup template untuk langkah berjaga²)

2. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod berikut.

<data:post.body/>

3. Kemudian copy kod ini, dan paste di bawah kod yang anda cari di langkah 2.

<iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show_faces=false&amp;width=100&amp;action=like&amp;font=arial&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px; height:40px;'/>

contoh :

4. Save dan lihat hasilnya.

Letak Button Like Untuk Blog


1. Login akaun blogger, dari dashboard > design > add a gadget > HTML javascript.

2. Copy dan paste kod di bawah ke dalam ruangan HTML/javascript.

<iframe scrolling="no" frameborder="0" allowtransparency="true" style="border: medium none; overflow: hidden; width: 280px; height: 40px;" src="http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http://URL-ANDA.blogspot.com&layout=standard&show_faces=false&width=280&action=like&font=arial&colorscheme=light&height=40"></iframe>


 3. Gantikan URL-ANDA dengan url blog anda.

4. Save dan lihat hasilnya.

Saturday 28 April 2012

Cerita Lawak - Ditolak


Tersebut la kisah di sebuah negara Indra Pelik Lagi Misteri (bukan nama sebenar) seorang raja yang mempunyai seorang puteri yang bernama PUTRI SEKAPUR BARUS…


Dijadikan cerita, Sang Raja ingin mencari jodoh untuk Sang Putrinya kerana disebabkan kecantikannya itu Sang Putri tidak mempunyai pasangan hidup, sebab sang laki-laki di negara itu terasa rendah diri untuk masuk memperisterikan Sang Putri malahan putera-putera dari negara jiran juga turut berasa sedemikian rupa.


Disebabkan Sang Raja ingin Si Puteri itu berkahwin untuk menyambung zuriat keluarga maka Raja tadi telah menghimpunkan seluruh rakyatnyer (lelaki sahaja) serta beberapa Putera jemputan lain datang kesebuah tasik yang bernama Tasik Sangat Digeruni Lagi Berbahaya di negaranya dimana tasik itu dipenuhi buaya-buaya yang ganaz-ganaz dan sedikit ikan keli didalamnyer.


Kesemua jemputan dikehendaki mengelilingi tasik berkenaan dan disebabkan kehadiran yang ramai maka keadaan ditempat kejadian menjadi sesak sehinggakan ada semut yang mati terpijak... Sang Raja pun membuat pengumuman kepada semua tetamu yang hadir.. kata Raja.. wahai rakyat ku sekalian dan putera-putera jemputan , andai kata ada dikalangan kamu yang boleh menyeberangi tasik yang dipenuhi buaya-buaya yang ganazzz ini akan beta kahwinkan Puteri beta yang cantik rupawan ini dengan lelaki tersebut... Maka Raja tadi memperagakan Sang Puteri untuk tontonan umum.Maka kesemua yang hadir berlelehan ayaq lioq depa melihat kecantikan Puteri tersebut..


Belum pun Raja habis bebicara tiba... burzzzz.. seseorang telah terjun ke dalam tasik dan kelihatan sungguh pantas berenang ke seberang sehinggakan mencatat masa terpantas yg tidak akan dapat dipecahkan rekod kelajuan renangnya oleh sapa-sapa pun atta watson nyambek sendiri yg melakukannya...
Semua yang hadir terpegun, terkaku, terkagum, terkaget dan menggigit jari apabila melihat lelaki itu sampai keseberang tasik yang dipenuhi buaya-buaya yang ganaz dengan salamatnyer... raja tersenyum bangga melihat keberanian jejaka itu...


Maka Sang Raja pun mendapatkan lelaki itu dan bertitah... "Wahai jejaka yang gagah perkasa, akan ku kotakan janjiku untuk menunaikan permintaan mu, apakah keberanian yang kau tunjukkan tadi itu hinggakan belum habis beta berbicara kamu telah terjun ke dalam tasik itu semata-mata kerana putriku?", kata Sang Raja..


Jejaka tadi pun bersuara dengan muka yang pucat dan dengan nada suara yang penat bercampur marah..." TIDAK TUANKU..." (berhenti seketika tercungap-cungap kepenatan), dan dengan nada yang marah sesangat si jejaka tadi menyambung percakapannya...


"SAYA INGIN MENGETAHUI SIAPA YANG MENOLAK HAMBA KEDALAM TASIK TADI SEMASA HAMBA MASIH MENDENGAR TITAH TUANKU..."

Cerita Lawak - Perkataan Berlawan


Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin yang sedang kelaparan. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini.


Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan tepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.

Thursday 26 January 2012

10 petua hadapi peperiksaan

1,Jangan panik.


Sebaik melangkah ke dewan peperiksaan,kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.


2,Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat.


Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.


3,Semak soalan tahun lalu (setiap subjek).


Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.


4,Banyakkan pembelajaran secara output learning.


Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.


5,Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi.


Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.


6,Nota ringkas.


Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.


7,Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya.


Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.


8,Pemakanan berkhasiat dan seimbang.


Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.


9,Kawal emosi.


Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.


10,Banyakkan berdoa dan bersolat.


Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.





Cara cari crack & keygen

Cara cari crack & keygen

Cara yang pertama:

1: Buka www.google.com

2: taip nama program + 94FBR

3: Dan pilih search result crack anda!

Cara yang kedua:

1: Layari laman http://www.keygenguru.com/

2: Masukkan key yang telah degenerate ke ruangan insert registration code/serial number dan sebagainya di program yang ingin di crack itu.

 

Followers

Sample Text

Assalamualaikum semua! (^0^) tujuan blog ney hanyalah untuk mengisi masa lapang aq yang tak seberapa lapang ney, jangan lupe follow,You follow me i follow you back :) orite! Akhir kate danke!!!...

Ok x blog nih