Social Icons

Pages

Tuesday, 23 October 2012

Cerita Lawak - Bayi Kembar


Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka 
diruang rehat sebuah hospital. 
Kegelisahan jelas diriak muka mereka?

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata 
kepada lelaki yang pertama, Tahniah! 
Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.?
Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di Menara Berkembar Petronas,
kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang 
memberitahu kepada lelaki kedua, isteri Tuan selamat melahirkan 
bayi kembar tiga. Tahniah!?
Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, 
kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu 
kepada lelaki ketiga, Tahniah! Isteri Tuan selamat. 
Tuan dikurniakan anak kembar empat kata jururawat itu dengan tenang.
Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, 
saya pula bekerja di Four Season Hotel,
kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. 
Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. 
Mereka bertanya, Apakah yang merunsingkan awak?? 
Dengan perasaan gelisah dia menjawab 
Saya bekerja di Seven Eleven...!!.

No comments:

Post a Comment

 

Followers

Sample Text

Assalamualaikum semua! name digelar Amin Starz El Briget korang boleh pangil aku ''Amin @ Starz or Neo' seorang lelaki & yang paling penting lagi masih solo hohoho...(^0^). Ok setakat tu je (tulis bebanyak korang bukan bace), jangan lupe follow,You follow me i follow you back :) orite! Akhir kate danke!!!...

Ok x blog nih