Social Icons

Pages

Monday, 16 July 2012

Ramadan Yang Manis - A. Samad Said.

Alam itu cantik gunung dan tasik;
maya terlalu indah laut dan mega.
Lapar dan dahaga yang mengiktibar
cekal dan bersih suara mengajar:
Lapar kita dahaga yang menguji,
dahaga kita lapar yang mengerti
ketaqwaan penuh terhadap Illahi.
Puasa musim manis, bahang menguji,
angin yang santun ke pohon dakwah
bergugus dan sihat buah ibadahnya.


Bulan menyimpan kebijaksanaan,
musim indah di taman Ramadan,
menyerlahkan kemanusiaan luar biasa,
menginsafi keagungan Maha Kuasa.
Daun yang gugur tanah yang rekah
di atas sejadah harum iklimnya;
surah yang jernih dan suara syahdu
terhantar ke lidah dari damai qalbu,
merubah derita ke bahagia diri,
membimbing hidup yang diredhai.


Solat malam, zikir doa, tulus sedekah
ibadah ummah, tangkai yang ketiga,
mengagumi Allah Subhanahu Wa Taala.
Langit beradab, kelam dan cerah
datang dan pulangnya iktibar berhemah.
Badik ketika murka, senyum sewaktu mesra,
alam, insan khusyuk menyujud Illahi
sekiblat dalam tautan kasih yang hakiki.
Lailatul qadar ia pada detik terpilih
malam yang manis, indah dan jernih.


Pada malam sabar dan siang yang cekal
ranum pohon hikmah sebagai bekal;
gugus permata, kerlipnya paling mesra,
merimbun bugar, daunnya meneduhi ummah.

No comments:

Post a Comment

 

Followers

Sample Text

Assalamualaikum semua! name digelar Amin Starz El Briget korang boleh pangil aku ''Amin @ Starz or Neo' seorang lelaki & yang paling penting lagi masih solo hohoho...(^0^). Ok setakat tu je (tulis bebanyak korang bukan bace), jangan lupe follow,You follow me i follow you back :) orite! Akhir kate danke!!!...

Ok x blog nih