Social Icons

Pages

Thursday 14 May 2015

Bacaan Doa Qunut Solat Subuh



Assalammualaikum...haaa dah lame tak update blog ney. Dah bersawang dah nampak nye.
Ok tampa membuang masa mari kita teruskan dengan topik kita hari ini. Umum mengetahui doa qunut dibaca pada iktidal rakaat kedua waktu solat subuh. Hukum membaca doa qunut adalah sunat ab'ad (sunat yang dituntut).



Doa Qunut:


Bacaan Rumi:

Allah hummah dini fiman hadait.

Wa'a fini fiman 'afait.

Watawallani fiman tawalait.

Wabarikli fimaa a'tait.

Waqinii syarramaa qadzait.

Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alaik. Waiinahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait.

Tabaa rakta rabbana wata'alait.

Falakalhamdu 'ala maaqadzait.

Astaghfiruka wa'atubu ilaik.

Wasallallahu 'ala Saidina Muhammad. Wa'ala alihi wasahbihi Wasallam.



Maksudnya:

Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan
Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan
Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan
Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan
Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum
Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin
Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau
Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan
Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau
(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.



Jika anda menjadi imam:

Anda perlu membaca dan mengubah kalimah tertentu. Manakala, makmum tidak perlu membaca pada kalimah-kalimah tersebut hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya  dengan amin sahaja. Kalimah kalimah tersebut ialah :


"Allah humah dini" kepada  "Allah humah dina"

"Wa'a fini " kepada "Wa'a fina "

"Watawallani" kepada "Watawallana"

"Wabarikli"  kepada "Wabariklana"

"Waqinii" kepada "Waqina"



Terlupa baca doa qunut:

Perkara ini sering berlaku kepada kita ketika solat subuh iaitu terlupa untuk baca doa qunut dan terus sujud. Jadi SAH atau TIDAK solat kita.

Solat kita sah kerana membaca doa qunut itu sunat. Namun disunatkan untuk melakukan sujud syahwi kerana membaca doa qunut adalah sunat aba'ad.



Cara melakukan sujud syahwi:



Ok sekian sahajalah topik kita hari ini. Harap dapat membantu anda melakukan solat subuh dengan lebih sempurna.

Sumber asal: Adib site

No comments:

Post a Comment

 

Followers

Sample Text

Assalamualaikum semua! (^0^) tujuan blog ney hanyalah untuk mengisi masa lapang aq yang tak seberapa lapang ney, jangan lupe follow,You follow me i follow you back :) orite! Akhir kate danke!!!...

Ok x blog nih