Social Icons

Pages

Monday 14 January 2013

Java Membawa Kepada Masalah Kritikal

Pelbagai Komputer Terdedah Kepada Masalah Sekuriti.



Java merupakan salah satu perisian yang dipasang secara meluas pada pelbagai peranti diseluruh dunia, dimana diperkatakan lebih 1 bilion peranti mempunyainya. Kini, beberapa masalah padanya, disalah gunakan oleh pengodam, sekaligus menjadikan ia agak bahaya untuk digunakan.

Mengikut beberapa laporan terbaru, ia dikatakan masalah pepijat yang dikenal-pasti pada Java versi terkini membolehkan ia disalah gunakan, dan ramai pengodam seluruh dunia yang mengambil peluang daripadanya.

Sebagai langkah keselamatan, bagi pengguna yang tidak menggunakan Java, boleh membuangnya daripada pelayar web masing-masing ataupun nyah-aktifkannya buat sementara waktu.

Mozilla Firefox
Bagi pengguna Firefox, anda boleh memilih menu Add-ons, dan kemudiannya mematikan plugin bernama Java, dan seterusnya memulakan kembali pelayar web Firefox anda.

Google Chrome
Untuk pengguna Chrome, anda boleh ke halaman plugins dengan melayari URL chrome://plugins/dan seterusnya mematikan plugin Java padanya kelak.

No comments:

Post a Comment

 

Followers

Sample Text

Assalamualaikum semua! (^0^) tujuan blog ney hanyalah untuk mengisi masa lapang aq yang tak seberapa lapang ney, jangan lupe follow,You follow me i follow you back :) orite! Akhir kate danke!!!...

Ok x blog nih